9 Hari Lagi

 

Tinggal 9 hari lagi Temasya Jubli Emas Sukan Olahraga MSS Sabah 2018 akan membuka tirai. Semua kontijen dalam persediaan terakhir untuk bersaing di Stadium Likas, Kota Kinabalu yang akan berlangsung bermula 21 Mac 2018 hingga 24 Mac 2018.

Semua warga sekitar Kota Kinabalu dijemput untuk meraikan atlet-atlet daerah masing-masing. Warga Sabah yang berada di luar Kota Kinabalu jangan lupa mengikuti perjalanan temasya secara dekat dengan melayari laman web ini dan dapatkan keputusan secara LIVE yang akan kami siarkan apabila temasya sukan olahraga bermula kelak.