1O Hari Lagi …

 

Tinggal 10 hari lagi Temasya Jubli Emas Sukan Olahraga MSS Sabah 2018 yang akan berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Buat julung kalinya pada temasya kali ini, semua 24 daerah akan bertanding merebut juara keseluruhan peringkat negeri. Pada edisi sebelum ini, hanya terdiri daripada 6 bahagian utama Sabah iaitu, Utara, Barat, Tenggara, Pedalaman, Selatan dan Sandakan.

Pastinya temasya kali ini adalah unik kerana 24 daerah di Sabah akan berentap bersama untuk memenangi sebanyak pingat emas yang boleh.